BAB I
PEMBAHASAN
QURBAN DAN AQIQAH
A. Fadhilah Qurban dan Aqiqah
Kedua-dua ibadah ini adalah antara amalan
mulia dan penting dalam Islam kerana amat besar fadhilatnya, tetapi malangnya
masih ramai orang yang samar-samar atau kabur kefahaman menerka mengenainya,
sehinggakan ada yang memandang ringan walaupun mempunyai kemampuan tetapi tidak
mahu melakukan penyembelihan qorban dan aqiqah ini. Semoga dengan penjelasan
yang serba sedikit ini dapat membantu kefahaman kita semua tentang ibadat
Qurban serta Aqiqah serta keinginan untuk sama-sama mencari pahala kedua ibadah
ini akan meningkat. Demikianlah
antara masalah yang akan cuba kita kupas serta perjelaskan dibahagian ini dan
disamping itu akan dijelaskan beberapa perkara berkaitan dengan ibadah kurban dan
aqiqah, semoga memberi kefahaman yang jelas hingga kita dapat menghayatinya
dengan penuh keimanan kerana menjunjung perintah Allah s.w.t. dan
mendapat fadhilat daripada amalan yang akan kita lakukan ini.
B. Penyembelihan Qurban
Qurban ialah penyembelihan binatang qurban
yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari
Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah
s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang
kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah s.w.t. yang
bermaksud:
"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu
sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak
daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan
berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah
sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya
(yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah
menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu
bersyukur." (surah al-Haj:36)
"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu
dan berqurbanlah." (Surah al Kauthar:2)
Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah
bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh
manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada
menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat
kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan
kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia
(pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan
(pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu
Majah dan al-Hakim)
Zaid bin Arqam berkata: "Mereka telah
bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi
Muhammad s.a.w. menjawab: "Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi
Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah
s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan." Mereka
bertanya: "maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda
yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu
kebaikan." (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
C. Hukum Berqurban
Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang
dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
1.
Islam
2.
Merdeka
(Bukan hamba)
3.
Baligh
lagi berakal
4.
Mampu
untuk berqurban
Sabda Rasullullah s.a.w yang
bermaksud: "Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau."
(Riwayat al-Turmuzi).
"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan
tidak wajib bagi kamu." (Riwayat
Daruqutni). Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar
menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasullullah s.a.w yang
bermaksud: "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah,
maka hendaklah dia melakukannya." (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)
D. Pelaksanaan Qurban
1)
Binatang
yang diqurbankan daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang
berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur
giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.
2)
Binatang
itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya
tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung
atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang
hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.
3)
Waktu
menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai
solat 'Id dan dua khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik
segalah pada Hari Raya Hhaji sehingga tiga hari sesuadah Hari Raya Haji
(hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)
4)
Daging
qurban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging
qurbannya. Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya
adalah mengikut urutan sepererti berikut:
a)
Lebih utama
orang yang berqurban mengambil hati binatang qurbannya dan baki seluruh
dagingnya disedekahkan
b)
Orang yang
berqurban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging qurban, dua pertiga
lagi disedekahkannya.
c)
Orang yang
berqurban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging, satu pertiga lagi
disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang
yang mampu. Sabda Rasullullah s.a.w: "Makanlah oleh kamu
sedekahkanlah dan simpanlah."
E. Hikmah dan Fadhilat
1)
Menghidupkan
sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
2)
Mendidik
jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
3)
Mengikis
sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah
s.w.t.
4)
Menghapuskan
dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
5)
Menjalinkan
hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan
golongan yang kurang bernasib baik.
6)
Akan
memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim
diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah
qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."
F. Aqiqah untuk Anak
Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut
dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang
yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang
telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah
s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir
itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari
ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat
Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
Ibnu Majah menerangkan maksud "...
terpelihara dengan aqiqahnya..." (pada mafhum hadis diatas) adalah bahawa
aqiqah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan
syaitan yang cuba menghilangkan daripadanya melakukan kebaikan.
Daripada Salman bin Amir al-Dhabley, bahawa Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Untuk anak lelaki itu
aqiqahnya. Tumpahkan atasnya darah dan hilangkanlah daripadanya kekotoran dan
najis." (Riwayat Abu Daqud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah). Menurut Imam
Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan
belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang
tuanya diakhirat kelak.
G. Hukum Aqiqah
1)
Hukum
aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali
dinazarkan menjadi wajib.
2)
Penyembelihan
aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat
belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak
itu belum baligh.
3)
Jika
anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya
(individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini
berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah
s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w.
diangkat menjadi Rasul.
4)
Anak
zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan
ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli,
manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu
mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.
5)
Anak
lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan
perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah
s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki
dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing.
(Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah
s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor
kambing. (Riwayat Abu Dawud)
H. Hukum-Hukum yang Lain Berkaitan dengan
Qurban dan Aqiqah
1)
Jika
menyembelih qurban sendiri hendaklah berniat: "Aku jadikan binatang ini
qurban untuk diriku kerana Allah Ta'ala" dan seumpamanya, atau jika
penyembelihan aqiqah berniat : "Aku jadikan penyembelihan binatang ini
sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta'ala."
2)
Jika
untuk tolong kepada orang lain maka hendaklah berakad yaitu dengan dua cara :
a) Secara wakil, maka orang yang mewakilkan
berkata: "Aku wakilkan atas diriku untuk menghasilkan penyembelihan
qurban untuk diriku (atau aqiqah untuk anak ku...)." Orang yang
menerima wakil menjawab: "Aku terima sebagai wakil untuk menghasilkan
penyembelihan qurban untukmu (atau aqiqah untuk anakmu...)."
(PERINGATAN: Orang yang menerima wakil hendaklah melaksanakan penyembelihan dan
tidak boleh diserahkan tanggungjawab menyembelih kepada orang lain).
b) Secara menyerahkan tanggungan dengan berkata:
"Saya meletakkan atas zimmah tanggungan tuan untuk menghasilkan
penyembelihan qurban untuk ku (atau aqiqah untuk anakku)." (PERINGATAN: Penerima
jika tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab yang diterima, boleh diserahkan
kepada orang lain untuk menyempurnakan penyembelihan untuk orang-orang yang
berakad tadi).
1.
Daging
qurban sunnat disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang
yang mampu dalam bentuk masih mentah tetapi aqiqah sunnat dimasak dengan
masakan jenis manis seperti kurma, kicap dan sebagainya.
2.
Binatang
unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebhagian untuk qurban dan sebahagian
untuk aqiqah.
3.
Disunnatkan
tulang-tulang binatang qurban itu tidak dipatahkan atau dipecahkan sama ada
oleh orang yang mengaqiqahkan atau yang memakannya. Cuma hendaklah diceraikan
pada setiap persendian tulang. Sekiranya dipecahkan juga maka tidaklah pula
makruh, tetapi khilaf aula (yakni bersalahan dengan yang utama).
4.
Daging
aqiqah atau qurban atau mana-mana bahagian dari binatang (seperti kulit, tulang
dan sebagainya) tidak boleh dijadikan upah kepada orang yang menyembelih dan
orang-orang yang menguruskan pemotongan. Upah untuk mereka jika diperlukan,
maka hendaklah diberi dalam bentuk wang atau harta benda yang lainnya.
5.
Orang
kafir tidak boleh diberi makan daging aiqah atau daging qurban, sekiranya telah
diberi umpamanya sekilo, maka wajib diganti dengan daging yang lain untuk
memenuhi daging yang kurang itu.
6.
Daging
atau mana-mana bahagian dari binatang qurban nazar atau aqiqah, haram dimakan
atau diambil oleh orang yang melakukannya.
I. Qurban dan Aqiqah Beramai-Ramai
Sekarang ini ada pihak tertentu seperti
Masjid, Surau atau badan kebajikan dan orang perseorangan menganjurkan majlis
Qurban dan Aqiqah secara beramai-ramai. Pada dasarnya amalan ini baik demi
menggalakkan masyarakat Islam melakukan kedua-dua ibadah yang sangat dituntut
dalam Islam (Sunnat Muakkad). Namun yang demikian, beberapa syarat
berikut ini hendaklah dipatuhi:
a)
Pengurusan
hendaklah dilakukan dengan betul, dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
b)
Harga yang
dikenakan hendaklah dinyatakan termasuk kos pengurusan (Penyembelihan,
kenderaan, upah menyembelih, melapah dan sebagainya jika memerlukan upah).
c)
Hendaklah
diadakan aqad atau ijab dan qabul antara orang yang melakukan qurban atau
aqiqah dengan pihak pelaksana (AJK Qurban/ Aqiqah atau AJK Masjid/ Surau/ Badan
Kebajikan/ Orang perseorangan).
BAB
II
PENUTUP
A.
Kesimpulan
Qurban ialah penyembelihan binatang qurban
yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari
Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah
s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. Yang
kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Berqurban Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang
dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut: Islam, Merdeka (Bukan hamba), Baligh
lagi berakal, Mampu untuk
berqurban. Aqiqah pengertian
dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian
aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur
rambut bayi.
Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan
oleh Allah s.w.t. Sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w.
Dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu
terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh
(daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu
Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah). Hukum aqiqah itu
adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan
menjadi wajib. Penyembelihan
aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat
belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak
itu belum baligh. Jika anak
telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya
(individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini
berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah
s.a.w. Pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w.
Diangkat menjadi Rasul.
DAFTAR PUSTAKA
Munir,
A dan Sudarsono. Dasar-Dasar Ajaran Agama Islam, Jakarta : Rineka cipta, 1992
Muqhniyah,
Jawab, Muhammad. Fiqih Imam Ja`far Shadiq, Jakarta : lentera, 1995.
Sumaji,
Muhammad Anis dan Salmah, Af Idah, Panduan Praktis Pengurusan qurban dan aqiqah,
Solo: Tinta Medina, 2011
Sitanggal,
Umar Anshary. Fiqih Syafi`I Sistematis, Semarang : CV Asy Syifa`, 1992.
Tohaputra,
Ahmad.. Al-Qur’an dan Terjemahannya. Semarang: CV Asy Syifa’, 1998
Tidak ada komentar:
Posting Komentar